

‘PRN UMNO bungkus’. Demikian kata-kata ringkas bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin terhadap ‘sekutu’ politiknya Hishammuddin Hussein malam tadi.
Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata demikian menerusi komentar yang ditulis pada satu hantaran di laman Instagram Hishammuddin.
Kata Hishamuddin, beliau meyakini bahawa rakyat ketika ini lebih merindui UMNO yang ‘dahulu’.
“Saya pasti orang ramai lebih rindu kepada UMNO yang asal. Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke Perhimpunan Agung UMNO secara menyindir dan sengaja berseloroh.
“(kerana) ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepimpinan UMNO, tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenang hati ahli-ahli di akar umbi,” katanya.
Dalam pada itu, Hishammuddin menambah dirinya optimis mengenai nasib ‘mereka’ yang sudah diketepikan dari landasan parti itu.
“Yang dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman, tidak memerlukan khidmat kami lagi.
“Yang rugi ialah UMNO yang terkesan dari pelawaan sinikal demikian,” tambahnya lagi.
Turut dimuat naik dalam hantaran itu adalah gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berserta setiausaha agungnya, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Hantaran tersebut dimuat naik ke laman Instagram miliknya kira-kira 16 jam lepas (mengikut waktu berita ditulis) dan meraih lebih 11,000 tanda ‘suka’ serta dihujani komentar.
Menariknya hantaran tersebut turut menarik perhatian Khairy sebelum komentar ringkas berbaur ‘pedas’ ditulis.
‘PRN UMNO bungkus’

“PRN UMNO bungkus,” katanya, ringkas dan tajam dalam komentar itu.
Disebabkan ayat ringkas tersebut, komentar Khairy turut dihujani ribuan tanda suka serta ‘balas’ (reply) daripada segenap warga maya yang tertarik membacanya.
Sementara itu merujuk laporan Sinar Harian, difahamkan Hishammuddin berkata demikian dipercayai adalah bagi membidas semula kenyataan Ahmad Zahid dan Asyraf Wajdi.
Difahamkan ia rentetan kedua-dua figura tertinggi UMNO itu dikatakan seakan ‘menyindir’ dengan mempelawa bekas ahli-ahli UMNO untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 kelak.
“Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, tindakan Ahmad Zahid dan Asyraf Wajdi menggambarkan mentaliti dan pemikiran kepimpinan UMNO sekarang selain tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi,” memetik laporan tersebut.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Hishammuddin Hussein
The post ‘PRN UMNO Bungkus’ – Khairy appeared first on Siakap Keli.

