PRN: Video tular penempatan FRU hanya salah faham

10 Aug 2023 • 7:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Video tular memaparkan dakwaan penempatan sementara FRU untuk penugasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, pada Sabtu ini. (Gambar kecil: Razarudin)

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan sebuah video tular berhubung satu lokasi kediaman usang yang menjadi penempatan sementara Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk penugasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, pada Sabtu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan video berkenaan adalah salah faham oleh anggota FRU dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

"Video itu ditularkan oleh seorang pegawai yang menyangkakan mereka akan di tempatkan di kawasan berkenaan yang kelihatan usang dan tidak terurus tanpa mempunyai kelengkapan.

"Namun sebenarnya pasukan dari Terup 1 C, FRU itu akan ditempatkan di sebuah berek baharu di Balai Polis Pelabuhan Klang," katanya.

Beliau berkata, seorang pegawai polis dari balai polis berkenaan terkhilaf dengan menunjukkan bangunan usang itu sedangkan lokasi sebenar adalah di berek baharu.

"Perkara ini adalah satu kekhilafan dan saya anggap ianya sudah selesai," katanya.

Video berdurasi satu minit 14 saat itu mula tersebar sejak tengah hari Khamis melalui perkongsian WhatsApp.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved