PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS

LocalCars
13 Aug 2026 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS

TCP-03.JPG

Ekosistem kenderaan elektrik (EV) tanah air melangkah ke satu lagi era baharu. Dalam usaha memastikan pemilik EV menikmati perkhidmatan selepas jualan yang selamat dan berprestasi tinggi, PRO-NET  mengiktiraf kumpulan pertama seramai 37 orang Juruteknik e.MAS Bertauliah Tahap 2 (L2) menerusi kerjasama strategik bersama TVETMARA.

Pengiktirafan sulung ini menyaksikan 37 wira teknikal tempatan  yang mewakili 25 pusat pengedar Proton e.MAS di seluruh negara  berjaya melepasi ujian ketat dan latihan komprehensif bagi menguasai teknologi kenderaan masa depan.

Jaminan Kualiti Selepas Jualan untuk 30,000 Pemilik e.MAS

Dengan lebih 30,000 unit kenderaan Proton e.MAS membanjiri jalan raya Malaysia setakat Julai 2026, kepakaran teknikal menjadi nadi utama dalam memastikan kebolehpercayaan jenama ini.

Rangkaian PRO-NET kini berkembang pesat dengan sokongan 58 pengedar, 45 pusat servis, dan 10 pusat Body & Paint di seluruh negara. Namun, kehadiran juruteknik mahir adalah kunci sebenar dalam memberikan ketenangan fikiran (peace of mind) kepada setiap pemilik EV.

TCP-01.JPG

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, menegaskan bahawa perralihan kepada mobiliti elektrik bukan sekadar memperkenalkan kenderaan berteknologi, tetapi turut melibatkan pembangunan keupayaan dan ekosistem yang diperlukan untuk menyokong pelanggan sepanjang tempoh pemilikan mereka.

"Melalui Program Pensijilan Juruteknik e.MAS, kami melabur dalam pembangunan tenaga kerja, meningkatkan piawaian perkhidmatan selepas jualan serta membentuk tenaga kerja yang bersedia untuk masa hadapan dan memainkan peranan penting dalam menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik,” katanya.

Latihan Ketat Sistem Voltan Tinggi (HV)

Bukan mudah untuk meraih gelaran Juruteknik Tahap 2. Setiap peserta perlu menyempurnakan tujuh modul latihan khas, termasuk pengendalian kritikal sistem Voltan Tinggi (HV), sebelum menduduki penilaian teknikal dan amali yang ketat.

Bagi menjamin standard piawaian tertinggi, program latihan ini disahkan secara rasmi oleh TVETMARA Masjid Tanah.

Pelan Jangka Panjang: Daripada Kilang ke Pusat Servis

Kejayaan ini adalah langkah permulaan. PRO-NET merancang untuk menjadikan program pensijilan ini sebagai acara tahunan yang merangkumi kepakaran peringkat Tahap 2 (L2), Tahap 3 (L3), hingga Tahap 4 (L4).

Selain kemahiran perkhidmatan, PRO-NET turut memperkukuh keupayaan pengeluaran EV tempatan di Loji EV PROTON yang terletak di Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjong Malim  yang kini menggaji 391 orang pekerja tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved