PRO-NET Umum Kemas Kini OTA Pertama Untuk e.MAS 7

LocalTechnology
10 Apr 2025 • 6:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pro-Net kini memulakan proses kemas kini perisian over-the-air (OTA) pertama untuk model e.MAS 7, sekaligus menandakan fasa baharu dalam usaha mereka mempertingkatkan pengalaman pemilik melalui infrastruktur digital.

Ciri Baharu untuk Permudahkan Pengguna

image is not available

Dalam kemas kini ini, antara fungsi baharu yang diperkenalkan termasuk butang “Start/Stop Charging” pada skrin DHU bagi memudahkan proses pengecasan. Turut diperkenalkan ialah pilihan "View Location During Sleep" yang apabila diaktifkan, membolehkan kenderaan mengemaskini lokasi terakhir sebelum memasuki mod tidur atau sleep mode, fungsi ini dimatikan secara automatik.

Peningkatan Pengalaman Pemanduan

image is not available

Aspek pengendalian turut diberi perhatian untuk kemas kini ini. Penalaan semula pada sistem brek anti-kunci (ABS) memberikan rasa nyahpecutan yang lebih lancar. Selain itu, logik cold start yang ditambah baik membantu kestabilan voltan ketika pra-pemanasan AC dalam suhu rendah.

Ciri yang Diminta Masih Tiada

Meskipun kemas kini ini membawa peningkatan ketara, ramai pemilik e.MAS 7 meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial mengenai beberapa isu lama yang masih belum diselesaikan.

Antara aduan paling banyak dibuat ialah bunyi amaran halaju rendah yang disamakan dengan lagu “trak ais krim”. Ramai pengguna meminta agar ia boleh dimatikan atau ditukar, namun permintaan ini masih belum diberikan perhatian.

Radio Lupa Tetapan

Satu lagi masalah berulang ialah sistem radio yang gagal menyimpan tetapan stesen setiap kali kenderaan dimatikan. Pengguna mendakwa isu ini wujud sejak pelancaran dan masih belum diperbaiki.

Isu ‘Screen Mirroring’

Fungsi screen mirroring telefon pintar juga dikritik. Ramai melaporkan paparan menjadi hitam selepas kira-kira 10 minit walaupun input masih lagi berfungsi di latar belakang. Penyelesaian sementara memerlukan pengguna menyambung semula telefon.

Butang ‘Shortcut’ & ‘Split Screen’

Ramai meminta agar lebih banyak butang kawalan pintasan (shortcut buttons) boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna. Pengguna juga mengharapkan kehadiran sistem paparan dua aplikasi secara serentak (split screen) untuk memudahkan penggunaan skrin semasa memandu.

Langkah Penting ke Arah Evolusi EV Tempatan

image is not availableimage is not available

Walaupun masih banyak ruang untuk diperbaiki, pengenalan kemas kini OTA ini dilihat sebagai satu langkah positif yang mencerminkan hala tuju Pro-Net dalam memperkasa platform e.MAS sebagai jenama EV nasional pertama negara.

Pro-Net juga memberi jaminan bahawa mereka terus mendengar maklum balas pengguna dengan pasukan teknikalnya kini sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu penting untuk kemas kini akan datang.