Procreate Dreams Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM99.90

TechnologyDigital
23 Nov 2023 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Procreate Dreams akhirnya boleh dibeli serta dimuat turun hari ini khusus untuk iPad. Aplikasi animasi ini diumumkan pada Spetember lalu. Menerusi Procreate Dreams animasi dapat dihasilkan dalam bentuk lukisan, animasi sel tradisional, keyframe, pengkomposan dan juga digabungkan dengan video.

Seperti aplikasi Procreate sebelum ini, Procreate Dreams direka untuk digunakan menggunakan sentuhan sepenuhnya tidak seperti aplikasi animasi lain yang memerlukan papan kekunci dan tetikus.

image is not available

Menurut pembangun Procreate Dreams, ciri dalam aplikasi mereka akan memberikan akses kepada animasi yang lebih mudah diakses, berkuasa dan memenuhi keperluan juruanimasi. Antara kemampuannya ialah menghasilkan animasi menggunakan vektor bersaiz 1 juta x 1 juta pixel dengan lapisan tanpa had. Ia turut dioptimasikan untuk digunakan bersama Apple Pencil.

Procreate Dreams boleh dibeli terus menerusi iPad App Store pada harga RM99.90 tanpa langganan bulanan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved