Produk detoks bukan jalan pintas untuk kurus, buat kardio – Sazzy Falak

Health & Fitness
25 Sep 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Produk detoks bukan jalan pintas untuk kurus, buat kardio – Sazzy Falak

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon, Sazzy Falak, menegaskan produk yang kononnya membantu proses detoks atau membuatkan seseorang membuang air besar pada keesokan hari bukanlah satu cara untuk menurunkan berat badan yang sebetulnya.

Sazzy atau Sazlini Datuk Shamsul Falak, 45, berkata, dia berasa hairan melihat segelintir individu yang masih terpedaya serta mempromosikan produk sedemikian tanpa memahami konsep sebenar penurunan berat badan.

“Aduhai, awak bercakap tentang mengambil satu bahan yang kononnya membantu menurunkan berat badan. Produk yang awak promosikan bersungguh-sungguh itu didakwa membantu menghilangkan beberapa kilogram lemak atau berat badan.

“Biar saya beritahu perkara ini. Mengambil produk yang kononnya membantu proses detoks atau membuatkan awak membuang air besar pada keesokan hari tidak akan membantu menurunkan berat badan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah Sazzy, satu-satunya cara untuk membuang lemak dan menurunkan saiz badan adalah menerusi defisit kalori dan latihan kekuatan.

“Satu-satunya cara untuk awak buang lemak atau kurangkan saiz badan adalah menerusi defisit kalori dan yang paling penting adalah ‘latihan kekuatan’.

“Buatlah senaman kardio sebanyak mana yang awak mahu, tetapi mengangkat beban atau memaksa diri menolak dan menarik beban yang lebih berat daripada awak adalah pilihan terbaik yang boleh awak buat untuk diri sendiri,” katanya.

Untuk rekod, Sazzy Falak memulakan kerjayanya sebagai pengacara televisyen dan pelakon terkenal sekitar era 2000-an, manakala kini Sazzy lebih aktif memfokuskan masanya sebagai seorang usahawan fesyen dan rakan pengasas firma pelaburan korporat.

The post Produk detoks bukan jalan pintas untuk kurus, buat kardio – Sazzy Falak appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved