
PENAMPANG: Banyak tempat menarik di Penampang ibarat ‘berlian yang kasar’ yang perlu terus digilap sehingga berkilat untuk mencapai nilai tertinggi sebelum dipasarkan kepada pelancong dalam dan luar negeri ini.
Pengusaha produk pelancongan di daerah ini perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperhebatkan tempat masing-masing supaya menjadi tarikan utama pelancong asing datang di Sabah.
“Kundasang dan Ranau tidak perlu dipromosi kerana pelancong tempatan dan luar secara semula jadi akan memasukkan tempat itu dalam senarai tempat mesti dilawati jika melancong di negeri ini,” kata Presiden Persatuan Pelancongan Penampang (PTA), Benjamin Golimbi.
