Produk tidak berdaftar: Syarikat didenda RM3,800

23 Mar 2023 • 4:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda sejumlah RM3,800 kerana mempunyai jualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa label.

YKL Borong Runcit Sdn Bhd melalui wakilnya mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd Samad, kepada dua pertuduhan terhadap syarikat itu, pada Rabu.

Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didenda RM1,800 kerana mempunyai produk tidak berdaftar iaitu 88 botol Kilei Hand Sanitizer Liquid pada jam 10.30 pagi 23 Jun 2022 di premis syarikat di Plaza 22, Kg Sapat, Papar.

Produk tersebut tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Syarikat itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didenda RM2,000 kerana mempunyai dua jenis kosmetik tanpa label iaitu, 61 botol Kilei Hand Sanitizer Moisturise (with tea three oil), dan 17 botol Prowell Sanitizing Solution di tempat dan masa yang sama.

Semasa rayuan, wakil syarikat meminta hukuman ringan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Abu Suffian A.Rahman dari Jabatan Farmasi, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana syarikat itu melakukan kesalahan yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai kerana produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan tanpa label.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.