Program Akademi Bangsa Bantu Bentuk Anak Muda Yang Berkualiti

LocalPolitics
30 Sep 2024 • 9:46 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Program Akademi Bangsa Bantu Bentuk Anak Muda Yang Berkualiti

PULAU PINANG, 29 September – Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong telah menghadiri Program Akademi Bangsa yang telah dilaksanakan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dengan kehadiran hampir 30 orang peserta berbilang bangsa. Steven Sim telah berkongsi dan berdialog tentang kepentingan bagi anak-anak muda untuk menyertai lapangan politik khidmat yang berlandaskan kasih sayang.

Menurut beliau lagi, masanya telah tiba untuk anak muda bersiap siaga bagi membantu masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

Akademi Bangsa merupakan cetusan ilham dan kesinambungan program pendidikan ilmu kenegaraan yang dilaksanakan oleh YB Steven Sim sejak tahun 2019 lagi, sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Beliau berkata, antara komponen penting di dalam Akademi Bangsa ialah pendedahan kepada asas kenegaraan dan kebangsaan, pembinaan negara bangsa, sistem pentadbiran kerajaan, Rukun Negara dan juga Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam program ini, para peserta telah didedahkan dengan kemahiran asas yang diperlukan sebagai seorang pemimpin seperti simulasi rundingan, pembuatan dasar serta pemantauan di kawasan. Objektif program ini adalah untuk melahirkan pemuda dan pemudi yang ada semangat kepimpinan dan kesedaran yang tinggi terhadap isu kenegaraan dan sosial semasa di Malaysia.”

Selaku penaung kepada Akademi Bangsa, YB Steven Sim menyeru pemuda-pemudi menyertai pelbagai program Akademi Bangsa yang akan dilaksanakan seperti aktiviti kesukarelawan dan sebagainya untuk membentuk anak muda yang berkualiti.

image is not available

Bagi sesi kali ini, Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena Abd Rashid dan ADUN Sungai Puyu, YB Phee Syn Tze turut dijemput untuk memberi sedikit perkongsian kepada para peserta.