Program BAIK Bantu Pelajar IPT Sabah Miliki Komputer Riba Untuk Pembelajaran

11 Mar 2025 • 4:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Program BAIK Bantu Pelajar Miliki Komputer Riba

Program BAIK Bantu Pelajar IPT Sabah Miliki Komputer Riba Untuk Pembelajaran. Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan salah satu inisiatif untuk membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan memiliki komputer riba bagi tujuan pembelajaran, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Beliau berpuas hati kerana program ini telah memberi manfaat kepada lebih 2,000 pelajar Sabah yang layak sejak diperkenalkan pada tahun 2022.

image is not available
Program BAIK Bantu Pelajar IPT Sabah Miliki Komputer Riba Untuk Pembelajaran. Gambar hiasan.

“Program BAIK adalah satu lagi inisiatif tambahan bagi melengkapkan program sedia ada untuk memastikan semua pelajar IPT yang kurang berkemampuan dapat memiliki komputer riba.

“Komputer kini menjadi alat penting bagi pelajar, dan atas sebab itu kerajaan negeri memperkenalkan program BAIK yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Program ini diteruskan tahun ini bagi memberi peluang kepada pelajar IPT Sabah untuk memohon.

“Selain BAIK, terdapat juga program lain untuk membantu pelajar seperti bantuan tunai pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI). Kami mempunyai pelbagai inisiatif bagi memastikan pelajar Sabah tidak ketinggalan dalam pendidikan mereka,” katanya pada Selasa.

Pelajar & Ibu Bapa Luah Kesyukuran

Sementara itu, Norshafikah Zaiddi, 24, pelajar perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, meluahkan rasa syukur kerana akhirnya memiliki komputer ribanya sendiri.

Norshafikah yang berasal dari Sandakan berkata sebelum ini, dia terpaksa berkongsi komputer riba dengan adiknya.

“Saya sangat gembira kerana kini saya memiliki komputer riba sendiri, yang memudahkan saya menyiapkan tugasan,” katanya sambil menambah bahawa kedua ibu bapanya bekerja sendiri.

Bagi seorang ibu, Sabnah Jamdan, 43, dia berasa sebak dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan di bawah program BAIK ini.

“Komputer riba ini akan memudahkan anak kami yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan untuk menyiapkan tugasan. Alhamdulillah, bantuan ini sangat bermakna bagi anak kami,” kata suri rumah sepenuh masa itu.

Penerima komputer riba ini adalah antara 1,000 pelajar IPT yang mendapat manfaat daripada permohonan tahun lalu.

Cara Memohon Program BAIK

Program BAIK adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk membantu pelajar kurang berkemampuan yang berjaya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi agar dapat memiliki komputer riba sendiri.

Bagi mereka yang ingin memohon, maklumat lanjut boleh diperoleh di https://baik.sabah.gov.my.

Baca juga artikel mengenai bantuan pelajar IPT Sabah: