‘Program belia perkasa peranan komuniti, NGO’

LocalPolitics
9 Dec 2024 • 5:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

SOOK: Program Jerayawara Sabah Maju Jaya (SMJ) Belia Membangun Bersama Komuniti bertujuan untuk meningkatkan semangat dan mendayaupaya peranan komuniti, NGO dan belia dalam pembangunan modal insan dibawah insiatif hala tuju SMJ.

Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, selain itu program ini adalah untuk memperhebat lagi peranan belia dalam pembangunan modal insan terutamanya dalam bidang Pendidikan dan Kemahiran Vokasional (TVET).

AdvertisementIni katanya, kerana peranan belia bagi memastikan pembangunan modal insan secara holistik amat penting demi masa depan negeri ini.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah juga, kata Ellron, sentiasa memberikan sokongan dan bekerjasama dengan Majlis Belia Sabah (MBS) dalam setiap program kebeliaan.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Oleh yang demikian, kerjasama utuh seperti ini amat penting bagi memastikan kita mampu menyiapkan pemimpin masa depan yang cemerlang dari sudut akademik mahupun sahsiah diri,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook ketika merasmikan program tersebut di dewan masyarakat Sook di sini, Sabtu.

“Inisiatif sebegini membuktikan bahawa Jawatankuasa Kerja MBS serius dalam membantu Kerajaan Negeri melahirkan belia berkaliber di masa akan datang. Saya berharap agar usaha dapat diperluaskan lagi sehingga ke peringkat akar umbi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ellron turut mengucapkan tahniah kepada AADK yang bertungkus lumus dalam memastikan program kebeliaan relevan dalam membantu kerajaan membanteras penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, inovasi program kebeliaan akan membentuk MBS lebih cekal dalam mendepani isu dan cabaran mendatang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Perubahan ini katanya, akan melahirkan barisan kepimpinan yang berkaliber dan menjadi penanda aras kepada pelapis pemimpin belia pada masa hadapan.

“Perubahan amat penting dalam memastikan kita mampu menghadapi cabaran dalam pembangunan dan pemerkasaan insiatif-inisiatif Sabah Maju Jaya dapat dicapai,” tambahnya.

“Melalui insiatif Hala Tuju SMJ, Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan pembangunan pendidikan Negeri ini terpelihara. Inisiatif ini kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif demi pembangunan negeri Sabah” katanya.

Semua pihak, katanya, perlu cakna dengan usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan secara holistik melalui inisiatif-inisiatif SMJ seterusnya melonjakkan pencapaian pemimpin belia.

Jelasnya lagi, MBS telah melancarkan satu Program Perintis Muda yang bertujuan untuk mencari bakat dan potensi belia di pelbagai peringkat.

Ellron memberitahu, setakat ini sebanyak 23 rakan kolaborasi dari IPTA/IPTS dan NGO membantu MBS memperhebat program Perintis Muda dan usaha ini masih diteruskan bagi menyampaikan maklumat mengenai inisiatif-inisiatif Hala Tuju SMJ dalam pembangunan modal insan terutamanya dalam aspek pendidikan dan TVET.

“Saya amat menyokong usaha MBS untuk menyiapkan program berimpak tinggi melalui program Jerayawara SMJ: Pemerkasaan Perintis Muda di institusi yang turut mendapat sokongan penuh daripada AADK Negeri Sabah terutamanya di kawasan berisiko tinggi iaitu Kota Kinabalu, Keningau dan Tawau” kata Ellron.

Pada masa sama beliau berharap agar produk terbaru MBS ini boleh membantu AADK dalam memperkasa program kesukarelaan dalam membantu memperhebat kempen kesedaran awam tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Di kesempatan ini Ellron juga mengucapkan tahniah kepada MBS dengan Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Atas dan Gabeta dalam menjayakan program Usahawan Agro Tani Perintis Muda BETA dan Program Hidroponik klien PUSPEN Papar seterusnya melahirkan usahawan belia dalam bidang pertanian.

Katanya, belia yang terpilih adalah di kalangan belia yang keciciran dalam bidang pendidikan dan 10 orang belia yang terpilih ini diberikan kemahiran dan latihan mengenai tanaman fertigasi cili dan pemerkasaan TVET di PUSPEN bagi membantu klien AADK menerima latihan dan kemahiran mengenai pertanian Smart Farming.

Tambhanya lagi, pendekatan TVET kepada belia ini bukan sahaja mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia malah mampu menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi belia.

Pada majlis itu Ellron menyampaikan replika cek bantuan Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (Syabas) kepada belia yang mendapat bantuan itu.

Hadir sama Pengarah AADK Sabah Nani Sikin, Timbalan Setiausaha Tetap KBSS Charles Dabbi dan Presiden MBS Abwaree Fawwaz Abekan.