Program Digital Rakyat Akan Diperkenalkan Untuk Tingkatkan Pengetahuan Teknologi Baharu

TechnologyDigital
11 Dec 2024 • 5:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan dilihat serius dalam memastikan rakyat di negara ini menjadi celik digital khususnya berhubung aspek pembelajaran AI. Terbaharu, kerajaan melalui Kementerian Digital akan memperkenalkan Program Digital Rakyat yang menjadi platform pembelajaran dalam talian bagi meningkatkan pengetahuan dalam teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI). Pada masa sama membina bakat baharu berdasarkan model khusus yang disediakan.

image is not available

Pengenalan ini sekali gus akan menjadi kesinambungan kejayaan kepada kerajaan setelah melancarkan Inisiatif AI Untuk Rakyat pada Januari lalu. Malahan penyertaan yang diterima juga menggalakkan dengan jumlah 1.3 juta rakyat yang terdiri daripada pelajar, kumpulan profesional dan pegawai kerajaan. Selain itu selaras dengan inisiatif Pelan Ekonomi Digital Malaysia dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang memberi tumpuan kepada pembinaan populasi celik teknologi lalu mengubah cara dunia beroperasi.

image is not available

Melalui penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan baru-baru ini pula turut mengetengahkan model pembelajaran AI yang bersesuaian mengikut kumpulan sasar menerusi kerjasama diantara entiti kerajaan dan rakan kongsi tempatan berkaitan.