Program eHati: Polis Sahkan Ada Aktiviti B*gel, Minta Peserta Tampil Beri Keterangan

LocalPolitics
16 Jul 2025 • 4:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Polis telah mengesahkan terdapat aktiviti bogel yang dilakukan oleh empat orang individu pada program motivasi rumah tangga iaitu eHati di Pusat Konvesyen IDCC pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Aktiviti dilakukan oleh fasilitator dan peserta

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati aktiviti itu berlaku pada waktu malam yang dikenali sebagai ‘Queens Night’ anjuran syarikat motivasi terbabit.

image is not available

Sumber : Harian Metro 

Pada majlis itu, memang ada kegiatan bogel yang dilakukan oleh empat individu. Acara itu dipanggil sebagai ‘Queens Night’ yang dilakukan pada malam terakhir program berkenaan.

 

Siasatan mendapati aktiviti bogel itu dilakukan oleh fasilitator dan juga peserta program berkenaan.

Mengulas lanjut, Hussein turut berkata terdapat dua pakej yang ditawarkan pada program ini iaitu Pakej A yang berharga RM6,000 manakala Pakej B berharga sekitar RM9,000.

image is not available

Jelasnya, Pakej B itu mempunyai aktiviti tambahan yang dikenali sebagai ‘Queens Night’ dan aktiviti bogel itu pula dikenali sebagai ‘Rebirth’.

Polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan pada program berkenaan termasuk beberapa cecair yang digunakan sebagai minuman pada majlis itu.

Minta peserta beri keterangan

Katanya, pihaknya sudah mengenal pasti 50 orang peserta yang menyertai program berkenaan dan meminta agar mereka tampil untuk memberi keterangan.

Kita sudah ada semua senarai peserta, mereka diminta tampil untuk hadir dan setakat ini seramai 30 individu sudah tampil memberi keterangan.

 

Siasatan juga mendapati program ini tidak hanya memfokuskan individu beragama Islam sebaliknya ia dianjurkan kepada semua.

Difahamkan, pihaknya juga sudah menghantar kandungan cecair yang dirampas kepada Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan cecair berkenan.

image is not available

Kita juga kesan terdapat dari kalangan penjawat awam yang menyertai program ini, siasatan lanjut masih dijalankan, beri kami ruang.

 

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pengasas program itu bersama empat individu lain telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis terhadap semua suspek iaitu empat wanita dan dua lelaki berusia 26 hingga 57 tahun.

image is not available 2025-07-16 14:50:40

Program eHati: 6 Ditahan Reman Termasuk Pengasas, Peserta Wanita Curi Perhatian - "Time Gersang Takde Pula Tongkat Keluar"