Program Jiwa Murni tingkat hubungan komuniti

LocalFamily & Parenting
5 Jan 2025 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

Tenom: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Darat telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi dekat sini pada Selasa.

Program itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Bakat Darat, Puan Sri Hartiah binti Hamzah.

AdvertisementHartiah berkata, program ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara komuniti sekolah dan ahli Bakat sambil memupuk semangat sukarelawan serta kecintaan terhadap masyarakat.

Katanya, jika sebelum ini PJM sering dikaitkan dengan anggota Tentera Darat Malaysia sahaja, namun melalui program ini membuktikan ahli Bakat turut mampu untuk turun berbakti kepada masyarakat dalam program sukarelawan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dalam program ini, Ahli Bakat Darat yang hadir telah berpeluang untuk membantu kerja-kerja baik pulih seperti mengecat bagi mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada para pelajar SK Pangi.

View Original Article