Program JomBaca dilaksana bagi membantu kanak-kanak kuasai kemahiran membaca, menulis

17 Feb 2023 • 4:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUKIT MERTAJAM: Antara cabaran utama yang dihadapi pelajar-pelajar “generasi Covid-19” adalah masalah buta huruf ataupun murid yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) pada peringkat umur yang sepatutnya.

Atas kebimbangan terhadap cabaran tersebut, seramai 212 kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, Bukit Mertajam telah dibantu bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis menerusi Program JomBaca yang diusahakan oleh Nurul Izzah Anwar (gambar) dengan kerjasama Yayasan Aman dan i-Sina.

Seramai 10 orang guru dari i-Sina telah menganjurkan kelas membaca dan menulis setiap hari sejak 16 Januari yang lalu.

Majlis Penutup Program JomBaca turut dihadiri Nurul mewakili Yayasan Aman, Adun Penanti dan Dr Hajah Norlela Ariffin, Penolong PPD SPT Pemulihan Khas, Hakimi Bin Saman.

Program yang melibatkan pelajar-pelajar dari Darjah 1 hingga Darjah 6 ini juga akan diteruskan di Yayasan Aman, Penanti pada musim cuti sekolah bagi memanfaatkan kanak-kanak di Permatang Pauh, khususnya.

Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi menangani cabaran yang dihadapi, menerusi program celik huruf secara intensif bagi murid-murid yang belum menguasai 3M.

View Original Article