Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Berlangsung Selama 3 Hari Di Lundu

24 Sep 2022 • 2:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Boleh jimat duit korang untuk beli barang keperluan di sini.

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Berlangsung Selama 3 Hari Di Lundu. Pihak KPDNHEP telah membuat jualan murah untuk segala barang keperluan seperti minyak masak, telur, dan banyak lagi untuk mengurangkan beban masyarakat.

Jualan murah ini telah berlangsung 3 hari, bermula pada hari Jumaat hingga Ahad ini iaitu 25 September 2022 bertapak di Borong King, Lundu.

image is not available
Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Berlangsung Selama 3 Hari Di Lundu. Sumber: FB KPDNHEP Sarawak

Pelbagai tawaran dan promosi harga barang keperluan yang dijual dengan harga berpatutan.

Perkara ini telah dikongsikan oleh pihak KPDNHEP melalui laman Facebook rasminya.

Orang ramai dialu-alukan untuk turut serta program ini serta berpeluang menikmati harga barang lebih murah berbanding harga biasa. Orang ramai juga bebas membuat pilihan selain dapat membuat perbelanjaan lebih jimat sepanjang program ini diadakan.

image is not available
Sumber: FB KPDNHEP Sarawak

Anda boleh jimat sebanyak RM3 untuk beli barang keperluan di sini

Untuk program ini, anda boleh dapatkan minyak masak pada harga RM29.59 untuk 5kg, di mana anda boleh jimat sebanyak RM3.91 dari harga pasaran.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan telur Omega 3 Gred B dalam harga RM11.99 sahaja berbanding RM 15.80 pada harga pasaran. Buat warga yang berada di Lundu, jom kita beli barang keperluan dengan harga yang murah.

image is not available
Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Berlangsung Selama 3 Hari Di Lundu. Sumber: FB KPDNHEP Sarawak

Lagi info terkini, anda boleh baca pautan artikel di bawah: