Program Jualan Rahmah Di Negeri Sembilan Cecah RM10 Juta

28 Dec 2023 • 3:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Program Jualan Rahmah di Negeri Sembilan bagi tempoh awal April lepas hingga bulan ini merekodkan nilai dianggarkan menjangkau RM10 juta, yang memberi manfaat kepada hampir 600,000 pengguna.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata KPDN negeri membelanjakan kira-kira RM2 juta daripada peruntukan disediakan bagi melaksanakan kira-kira 300 program Jualan Rahmah sepanjang tempoh itu.

Jualan Rahmah di Negeri Sembilan RM10 juta

image is not available

“Program itu dilaksanakan melalui kolaborasi dengan pemain industri sektor peruncitan bagi merancakkan ekonomi sektor peruncitan setempat selain membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, menerusi tindakan penguatkuasaan di bawah Pos Tiris bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi dari Mac hingga bulan ini, beliau berkata KPDN mengesan 76 kes membabitkan lebih sejuta liter minyak diesel.

image is not available

image is not available

Menurutnya tindakan itu dapat menyelamatkan hampir RM3 juta daripada diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Seramai 96 individu ditahan susulan kes berkenaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved