Program Kedai Jujur platform praktik nilai integriti

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 4:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Program Kedai Jujur dianggap sebagai platform paling sesuai untuk pelajar mempraktikkan nilai integriti bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran dunia yang lebih kompleks, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata Kedai Jujur juga boleh dijadikan benteng awal bagi menghalang salah laku tidak berintegriti dalam kalangan pelajar sekolah.

Jelasnya konsep ini berasaskan amalan masyarakat Sabah sejak dahulu yang mengamalkan gerai jualan tanpa penjaga, meletakkan barangan bersama tabung bayaran dan mempercayai kejujuran pembeli.

“Budaya ini menjadi asas kepada program Kedai Jujur di sekolah, agar nilai itu terus hidup dalam kalangan generasi baharu,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kedai Jujur 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara di sini, Selasa.

Hajiji berkata mendidik anak-anak agar berpegang kepada integriti bukanlah tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata, sebaliknya harus digalas bersama seluruh masyarakat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada SPRM, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan SuriaGroup atas komitmen mereka melancarkan Program Kedai Jujur 2025.

Hajiji berkata program itu dilaksanakan di 10 sekolah seluruh Sabah termasuk di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, dengan SK Mutiara menjadi lokasi pelancaran rasmi.

Beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan khas RM20,000 kepada SK Mutiara untuk membiayai aktiviti sekolah berkenaan.

View Original Article