Program Kerajaan Prihatin bantu keluarga Kinrara baiki kediaman rosak teruk

LocalHome & Living
26 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Program Kerajaan Prihatin bantu keluarga Kinrara baiki kediaman rosak teruk

SHAH ALAM, 25 OGOS: Program Kerajaan Prihatin membantu sebuah keluarga di Kinrara membaiki kediaman mereka yang mengalami kerosakan bumbung akibat serangan anai-anai.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berkata bantuan itu disalurkan susulan permohonan wakil Ketua Komuniti India bagi mendapatkan peruntukan untuk kerja pembaikan rumah terbabit.

Beliau berkata pelaksanaan kerja berkenaan turut mendapat kerjasama Pejabat ADN Kinrara serta Pejabat EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan.

Menurutnya, kerjasama antara pihak terbabit membolehkan tindakan diambil bagi membantu keluarga berkenaan mendapatkan semula kediaman yang lebih selamat dan selesa.

“Bantuan seperti ini bukan sekadar membaiki sebuah rumah, akan tetapi mengembalikan rasa selamat dan selesa kepada sesebuah keluarga,” katanya menerusi Facebook.

Sze Han turut turun padang meninjau sendiri kerja pembaikan yang sedang dilaksanakan di kediaman berkenaan, baru-baru ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved