
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan menganjurkan program Kembara Ilmu dan Doa Rakyat Sabah Untuk Palestin yang akan diadakan di 11 daerah bermula hari ini (11 Mei) hingga 25 Mei ini.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, program itu juga akan disertai Ulama Dunia, As-Sayyid Sheikh Abdul Shabour Al-Kayyali Ar-Rifa’ie Al Husaini.
Katanya, program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Pejabat Mufti Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Perbadanan Baitul Sabah dan Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah (Pisa).
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Program ini akan melibatkan 25 masjid di 11 daerah di Sabah iaitu Tuaran, Sepanggar, Putatan, Membakut, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau, Nabawan, Sook, Tambunan, Penampang dan Kota Kinabalu.
“Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijangka merasmikan program ini pada malam penutupan program ini pada 25 Mei depan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada jam 8 malam,” katanya pada sidang media, di sini, Jumaat.
Mengulas lanjut, Ruslan berkata objektif program itu adalah untuk memastikan kesedaran dalam kalangan rakyat Sabah mengenai isu Palestin ketika ini didasari dengan kefahaman dan bukannya berasaskan emosi.
Selain itu, katanya, program itu juga bertujuan memperkukuhkan perpaduan melalui institusi masjid yang dimakmurkan, termasuk memperkasa budaya menuntut ilmu di kalangan umat islam di Sabah.
“Pada masa sama, menyemarakkan semangat solidariti dalam menyampaikan kesedaran, keprihatinan dan suara rakyat serta mendidik masyarakat dengan berdoa yang merupakan senjata orang mukmin.
“Justeru, orang ramai dijemput hadir ke program ini di kawasan masing-masing bagi mendapatkan bukan saja manfaat tetapi juga keberkahan majlis ilmu yang dirahmati Allah SWT.
“Ia juga usaha kita bagi solidariti dan pengharapan untuk pembebasan bumi para anbiya iaitu Palestin,” katanya.

