Program KITA FSKIK pupuk kebersamaan warga fakulti

Local
1 May 2026 • 8:00 AM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: Program KITA FSKIK pupuk kebersamaan warga fakulti
Dr. Mohd Fauzi (tengah) bergambar kenangan bersama para pelajar pada Program KITA FSKIK di ruang teduhan Auditorium Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI. Photo credit: UPSI

Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris berjaya menganjurkan Program KITA (Kebersamaan, Ikatan, Toleransi dan Aspirasi) FSKIK di ruang teduhan Auditorium Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin berkata program seumpama itu amat penting dalam membentuk ekosistem kampus yang positif dan kondusif melalui penglibatan aktif mahasiswa dalam aktiviti kebersamaan.

Beliau berkata nilai kebersamaan, toleransi dan semangat kekitaan yang diterapkan menerusi program berkenaan mampu melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai sahsiah tinggi serta keupayaan bekerjasama dalam masyarakat majmuk.

“UPSI sentiasa menyokong penganjuran program yang mendekatkan hubungan antara pelajar, pensyarah dan pentadbiran kerana hubungan yang erat menjadi asas kepada kesejahteraan warga kampus.

“Program seperti ini juga mampu membina mahasiswa yang seimbang dari segi intelek, emosi dan sosial selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan holistik,” ujar beliau.

Sementara itu, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FSKIK, Dr. Mohd Fauzi Harun berkata program seumpama itu mampu memperkukuh rasa kekitaan antara staf dan pelajar selain meningkatkan kesejahteraan serta motivasi warga fakulti.

“Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama warga FSKIK, malah menyemarakkan semangat kerja berpasukan dan keharmonian dalam komuniti fakulti,” katanya.

Menurut beliau, Inisiatif itu bertujuan mewujudkan suasana interaksi yang lebih terbuka, harmoni dan inklusif dalam kalangan pelajar selaras dengan nilai yang diketengahkan menerusi konsep KITA.

“Pelbagai aktiviti santai berteraskan komuniti diadakan sepanjang program termasuk rewang bersama, sesi pertemuan bersama penasihat akademik serta potluck yang menghimpunkan warga fakulti dalam suasana mesra dan penuh keakraban.

Tambah beliau, penganjuran program tersebut juga seiring aspirasi universiti yang menekankan Jiwa Kekeluargaan sebagai teras pembentukan komuniti kampus yang saling menghormati serta menyokong antara satu sama lain.

“Program ini menjadi platform kepada pelajar untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan pensyarah dan penasihat akademik dalam suasana tidak formal, sekali gus memperkukuh sokongan akademik serta kebajikan pelajar.

Program berkenaan merupakan hasil kerjasama empat persatuan dan kelab pelajar di bawah FSKIK iaitu Persatuan Integrasi Media (PIM), Persatuan Seni Visual (PERSENI), Kelab Reka Bentuk dan Warisan (KEREBEWA) dan Rakan ArtTrade dalam usaha memperkukuh hubungan antara warga fakulti.

“Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan menyumbang kepada pembinaan komuniti pelajar yang lebih bersatu, seimbang dan beraspirasi tinggi selaras dengan budaya Jiwa Kekeluargaan UPSI,” katanya.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.