Program MESRA International Volunteering Programme (IVP) 3.0 anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh kerjasama antarabangsa antara UPSI dan institusi pengajian tinggi di Indonesia menerusi pelaksanaan program kesukarelawanan dan perkongsian akademik di negara itu.
Program yang berlangsung dari 2 hingga 6 Januari 2026 itu melibatkan kerjasama strategik bersama Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin (UINSMH), Banten dan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan UPSI dalam memperluas jaringan akademik dan pembangunan mahasiswa di peringkat antarabangsa.
Seramai 24 peserta terdiri daripada lima pegawai dan 19 mahasiswa dari UPSI, Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) terlibat dalam program berkenaan.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin, penganjuran MESRA IVP 3.0 mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya aktiviti kesukarelawanan anjuran UKLK, UPSI dilaksanakan di luar negara, sekali gus membuka ruang baharu kepada pemerkasaan mahasiswa melalui khidmat komuniti dan kolaborasi global.
Beliau berkata, penglibatan mahasiswa dalam program kesukarelawanan antarabangsa amat penting selari dengan keperluan masyarakat global masa kini.
“Aktiviti kesukarelawanan bukan sahaja membentuk keprihatinan sosial, malah melahirkan mahasiswa yang berdisiplin, berempati dan bertanggungjawab terhadap komuniti sekeliling.
Beliau berkata program seperti MESRA IVP 3.0 turut berperanan sebagai platform berkesan untuk menyemai nilai kemanusiaan dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa, di samping memperkukuh hubungan dua hala antara institusi pengajian tinggi Malaysia dan Indonesia.
“Jerjasama UPSI bersama UINSMH dan UPI dapat diperkukuhkan menerusi lawatan rasmi serta sesi perkongsian akademik bersama pimpinan universiti, pensyarah dan mahasiswa tempatan yang memfokuskan amalan terbaik dalam pendidikan tinggi serta pembangunan potensi mahasiswa,” ujar beliau.
Sementara itu, Pengetua UKLK, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob, berkata program berkenaan menjadi medium penting dalam memperkasa kerjasama pendidikan rentas negara.
“Selain aktiviti kesukarelawanan, program ini turut memberi tumpuan kepada perkongsian amalan terbaik berkaitan pendidikan, pengurusan hal ehwal pelajar serta pengurusan organisasi badan pelajar dalam kalangan peserta tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Program, Umar Hafizi Masriakib, berkata MESRA IVP 3.0 memberi penekanan terhadap pembentukan kepimpinan global dan nilai kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa.
Menurutnya, penglibatan peserta bukan sahaja melibatkan mahasiswa Malaysia, malah turut disertai pelajar dari Palestin dan China, sekali gus memperkukuh kefahaman rentas budaya serta jaringan antarabangsa mahasiswa.
Selain pengisian akademik, peserta turut mengikuti lawatan kampus bagi mengenali fasiliti utama universiti serta memahami sistem pendidikan tinggi di Indonesia.
Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
.jpg)




