Program Mikro-Kredential Dapur Digital UNITAR lahirkan 50 graduan komuniti B40

LocalBusiness & Finance
27 May 2025 • 3:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KELANA JAYA: Kumpulan Pendidikan UNITAR hari ini meraikan satu pencapaian bermakna apabila seramai 50 peserta daripada komuniti B40 berjaya menamatkan Program Mikro Kredential Dapur Digital (Micro-Credential in Cloud Kitchen Management), satu inisiatif yang menyatukan pendidikan, teknologi dan pembangunan komuniti.

Program ini telah dilancarkan pada 5 Ogos 2024, dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia. Inisiatif ini muncul sebagai respon strategik kepada cabaran sosioekonomi golongan berpendapatan rendah, dengan memberi tumpuan kepada pemberdayaan komuniti B40 dalam bidang kulinari digital berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.

Menariknya, program ini turut menyaksikan kerjasama erat antara UNITAR, Pepper Labs Sdn. Bhd., Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang bersama-sama membina ruang pembelajaran bersifat praktikal dan inklusif untuk para peserta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Antara yang menjadikan program ini unik adalah penglibatan secara langsung dari lima komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu: PPR Kampung Limau, PPR Kerinchi, PPR Intan Baiduri, PPR Setapak Jaya dan PPR Wangsa Sari.

Premis awam terpilih di lima PPR ini telah diubah suai menjadi Dapur Digital (Cloud Kitchens) bukan sekadar ruang latihan, tetapi simbol harapan baharu buat komuniti melalui keusahawanan makanan dalam talian.

Program ini menampilkan 12 modul berstruktur, yang merangkumi latihan dalam pengurusan dapur, keselamatan makanan, pemasaran digital, reka bentuk menu, strategi kos, dan penggunaan teknologi penghantaran makanan.

Majlis graduasi ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang berkongsi penghargaan atas usaha kolektif dalam memperkasakan rakyat melalui pendidikan berteraskan kemahiran.

Untuk maklumat lanjut mengenai UNITAR dan program-program yang ditawarkan, sila layari www.unitar.my.