Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM santuni penduduk PA Desa Rejang

19 Jul 2022 • 5:37 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR : Setelah seminggu berehat sementara bagi memberi laluan kepada perayaan Hari Raya Aidiladha, minggu ini Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM disambung semula di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur.

Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dijayakan dengan dua orang doktor dan dibantu dengan kekuatan tujuh sukarelawan.

Menurut Pengerusi Persatuan PA tersebut, Ismail Shaari, program ini adalah amat baik dan para penduduk harus merebut peluang menggunakan perkhidmatan percuma ini.

image is not available

image is not available

“Terima kasih kepada pihak MAIWP dan MAPIM kerana memasukkan kami di dalam kalendar kalian sebagai salah satu lokasi yang dipilih membawa turun mobile clinic, inisiatif ini amat memudahkan penduduk di sini ditambah pula pemeriksaan dan ubat-ubatan juga percuma.

“Saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kerana kami tidak perlu keluar ke bandar untuk membuat pemeriksaan kesihatan, sebaliknya mobile clinic ini yang datang terus ke pintu anda,” katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

image is not available

image is not available

Seramai 60 pesakit telah mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma ini dan program tersebut akan diteruskan sehingga Jumaat ini.