Program pendidikan pesawat tanpa pemandu (UAV) pupuk minat bidang aeroangkasa

15 Jun 2023 • 11:39 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA TERENGGANU: Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memperuntukkan RM45,000 bagi projek TI-BsAs Aeronautics UAV In-School Programme di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa.

Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata program pendidikan pesawat tanpa pemandu (UAV) itu adalah yang pertama diadakan di sekolah di negara ini, bertujuan menanam minat pelajar dalam bidang aeroangkasa yang melibatkan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

image is not available


“Program pendidikan aeroangkasa ini dijalankan selama empat tahun bermula tahun ini”.

“Ini ialah satu daripada sumbangan syarikat dalam meningkatkan prestasi bidang STEM ke arah mengembangkan kemahiran sumber manusia untuk menjayakan Revolusi Industri Keempat (IR4.0)

image is not available

Sementara itu, guru penasihat program Badrul Hisyam Zakaria berkata pihaknya bekerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk penyediaan modul latihan dan pembelajaran.

Menurut beliau, proses pemilihan tujuh pelajar untuk projek berkenaan sedang dijalankan untuk menilai kecenderungan dan minat masing-masing dalam bidang sains dan teknologi.

“Sasaran kita untuk menghasilkan pelapis tenaga pakar dalam bidang aeroangkasa dengan penekanan daripada peringkat awal sekolah,” katanya.

image is not available

BACA JUGA