Program perkasa wanita terus dilaksana, kata MP

12 Apr 2024 • 1:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Pusat Khidmat Parlimen Sandakan terus melaksanakan beberapa program untuk memperkasa kemahiran wanita di sini.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, ia juga antara usaha membantu wanita agar mampu menjana pendapatan menerusi kemahiran dan ceramah yang diberikan, termasuk keusahawanan.

“Ini juga antara usaha menoktahkan kemiskinan bagi golongan sasar sekali gus meningkatkan pendapatan mereka,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Bersama Ahli Parlimen Sandakan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, Pengerusi Jetama Waters Sdn Bhd Liau Fui-Fui, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan Imran Tajuddin, isteri Frankie, Datin Alice Chan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Tanjong Papat Max Million Lee, Pengerusi Penganjur Majlis Monelizah Tahir dan Penyelaras Parlimen Sandakan merangkap Ketua Pemuda DAP Sandakan Tang Szu Ching.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Sementara itu, Vivian berkata pendidikan juga penting dalam mengubah nasib dan masa depan masyarakat.

Justeru, pihaknya sangat menggalakkan ibu bapa untuk terus mementingkan pendidikan anak-anak, menambah pihaknya juga membantu keluarga kurang berkemampuan bagi memastikan mereka meneruskan pembelajaran anak di sekolah melalui bantuan berkaitan.

Berkenaan majlis itu, Vivian berharap ia sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada semua penerima dan yang diraikan.

Sementara itu, Frankie berkata program ini juga meraikan kepelbagaian latar yang ada di negara ini dengan penuh keharmonian.

“Sama seperti tahun-tahun sebelum, kita meraikan kepelbagaian perayaan dengan penuh gembira dan harmoni,” jelasnya.

Pada majlis itu, Vivian dan Frankie turut menyampaikan bakul Aidilfitri kepada 38 ibu tunggal, 62 keluarga asnaf serta duit raya kepada 100 anak yatim dari beberapa badan kebajikan dan rumah anak yatim sekitar Sandakan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Qasidah dari Miftahul Jannah dan Busker Greenleaf Busking.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.