
Kota Kinabalu: Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dijangka dapat dilaksanakan pada bulan depan selepas beberapa pindaan dibuat, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.
Beliau berkata Kerajaan sedang dalam proses memuktamadkan terma dan syarat program itu.
“Kabinet Negeri telah meluluskan pindaan itu, dan sebaik sahaja ia diwartakan, kami akan menyiarkan terma dan syarat di laman web program untuk bakal pemohon,” kata Liew semasa sesi Soal Jawab pada Sesi Libat Urus Pemain Industri Pelancongan 2024 baru-baru ini.
Menteri itu menjawab soalan Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan, Teo Chee Kim yang ingin mengetahui kriteria kelayakan untuk menyertai program Sabah-MM2H.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Teo turut melahirkan kebimbangan mengenai perubahan masa yang akan berlaku untuk jadual penerbangan semasa Air Asia, berlepas dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada 4.30 petang.
“Saya khuatir ada pelancong yang terbang dari destinasi lain mungkin tidak dapat sampai ke Kota Kinabalu tepat pada masanya untuk penerbangan sambungan mereka ke Sandakan jika waktu berlepas diselaraskan semula kepada 2.45 petang,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Julinus Jeffery Jimit menegaskan bahawa penglibatan yang kerap dengan pihak berkepentingan industri pelancongan adalah penting untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan (menjejaskan industri) seperti yang ditekankan oleh Menteri sejak hari pertama.
Beliau berkata penglibatan baru-baru ini menunjukkan komitmen Kementerian melalui agensinya STB untuk memastikan satu visi dan tujuan ke arah mewujudkan ekosistem pelancongan yang lebih baik di Sabah.
“Kami akan terus berhubung dengan pihak berkepentingan pelancongan pada setiap suku tahun atau setengah tahun seperti yang disarankan oleh (Datuk) Christina kerana sinergi ini boleh menjadi tonggak kekuatan untuk kejayaan di bawah agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) Kerajaan.
“Bersama-sama pemain industri, saya percaya kita boleh mencapai sasaran yang ditetapkan untuk pertumbuhan pelancongan pada 2024 di bawah kepimpinan Menteri yang berkebolehan,” kata Julinus pada penutupan sesi libat urus pertama tahun itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

