Program Sedco Prihatin ceriakan anak yatim, asnaf

29 Mar 2024 • 12:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Program Sedco Prihatin memberi keceriaan kepada 54 anak yatim dan asnaf sempena bulan Ramadan yang mulia.

Terpancar keriangan di wajah kanak-kanak tersebut apabila berpeluang membeli-belah set lengkap pakaian raya untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Program tahunan anjuran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah itu adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat mereka di bawah “Program Rantaian Kasih Ramadan Sedco.”

Ia diadakan di Emadira Kota Kinabalu, Wisma Yakim pada Rabu.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran kumpulan itu, Arnahal Yusof berkata Sedco telah lama membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dalam pelbagai program dan program Sedco Prihatin bermula sejak 2017.

“Tujuannya adalah untuk menghayati semangat Ramadan yang penuh keberkatan dengan berkongsi kasih sayang dan kegembiraan bersama mereka yang memerlukan.

“Kami gembira melihat reaksi mereka ketika memilih baju Melayu, songkok dan samping untuk lelaki manakala baju kurung dan tudung untuk perempuan.

“Kami berharap program ini akan membawa lebih banyak keceriaan dan tawa riang kepada kanak-kanak. Mereka gembira, kami gembira,” katanya sambil menambah bahawa kanak-kanak itu juga diberikan duit raya.

Beliau menambah beberapa kanak-kanak di kawasan luar bandar tidak dapat ikut serta membeli-belah tetapi mereka telah mengambil saiz pakaian dan membelikannya untuk mereka.

Kanak-kanak itu dari Hospital Pesakit Likas (Yatim); Rumah Amal Kasih; Sekolah Tg Aru 2; Kelas Perdana Prospek Kaunselor; Kg. Malaing, Dalit (Pergalungan, Sook); dan Kg. Kalampun, Dalit (Pergalungan, Sook).

Mohamad Shafiq Hafizul Azmin, 11, dan Remirza Reza, 12, berkata mereka amat gembira kerana dapat menyambut hari raya dengan set baju Melayu baharu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.