Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani meriah, kehadiran ribuan pengunjung termasuk penyokong bola sepak

8 Dec 2023 • 5:01 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad nanti menerima sambutan ramai.

Berlangsung serentak dengan perlawanan Piala Malaysia yang akan berlangsung malam ini, ribuan pengunjung dilihat meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di sini.

Scoop berkesempatan bertemu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fazil yang turut hadir melawat reruai Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang terletak di bahagian Khemah 1.

Menurut Fahmi, sambutan yang diterima sangat meriah sejak dari awal pagi tadi.

"Kalau kita boleh lihat sekarang ini, ramai pengunjung yang hadir. Ditambah pula dengan penyokong-penyokong pasukan bola sepak dari Johor dan Terengganu.

"Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini termasuk membayar saman dengan kadar diskaun sebanyak 50 peratus.

"Banyak barangan percuma yang diberikan kepada pengunjung. Turut menanti pengunjung bertuah adalah hadiah cabutan bertuah yang merupakan sebuah rumah PRIMA.

"Di samping itu kita ada banyak gerai jualan makanan dan barangan menarik yang disediakan di sini.

"Jangan lupa singgah di booth KKD kerana di sini kita sediakan permainan digital yang menarik untuk dicuba.

"Jadi datanglah beramai-ramai kerana malam ini pastinya akan jadi lebih meriah dengan kehadiran penyokong bola sepak," katanya kepada Scoop.

Fahmi turut menyarankan agar pengunjung menggunakan pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan lalu lintas berikutan trafik sudah mulai sesak. - 8 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved