Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery Bakal Lonjakkan Sektor Automotif Negara

LocalBusiness & Finance
20 May 2025 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersama Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery, satu langkah strategik yang menyatukan 35 pembekal bagi mempercepat kemajuan sektor automotif negara.

Majlis pelancaran yang berlangsung di ibu pejabat MIDA baru-baru ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Program yang diadakan buat julung kalinya itu menghimpunkan 12 pembekal teknologi Chery dari China dan 23 pembekal tempatan.

Sokong Matlamat Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, menegaskan bahawa program ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020).

“Kita mahu membuka peluang kerjasama yang memberi manfaat bersama, memacu inovasi dan pertumbuhan seiring dengan objektif NAP 2020, termasuk pembangunan vendor tempatan, menyokong kenderaan generasi baharu (NxGV) dan pelaksanaan Industri 4.0,” jelasnya dalam kenyataan rasmi.

Tambah beliau, usaha ini dijangka mempercepat pemindahan teknologi, memperkemas rantaian bekalan dan meningkatkan kapasiti industri tempatan.

Taman Perindustrian Chery Jadi Hab Pengeluaran Serantau

image is not available

MIDA turut memaklumkan bahawa Taman Perindustrian Chery Smart Auto yang akan dibangunkan di Beringin High-Tech Auto Valley (Beringin HTA Valley), bakal menjadi hab pengeluaran utama Chery di rantau ini.

Langkah ini menandakan satu pencapaian besar dalam usaha Malaysia memperkukuh kedudukannya dalam landskap automotif Asia Tenggara.

Empat MoU Dimeterai

image is not available

Sebagai sebahagian daripada program ini, empat Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara syarikat dari China dan Malaysia, membabitkan kerjasama dalam komponen automotif, pemindahan teknologi dan pelaburan strategik.

Antara kerjasama yang dimeterai termasuk Wuhu Atech Automotive Electronics Co Ltd dan Cheling Smart Mobility Technology (Wuhu) Co Ltd masing-masing dengan Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd, manakala Zhejiang Wanliyang Co Ltd serta Wuhu Qida Power Battery System Co Ltd menjalin kerjasama bersama Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd.

MIDA menjelaskan bahawa inisiatif rantaian bekalan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan industri dua hala, tetapi juga menangani permintaan global terhadap elektrifikasi dan solusi mobiliti pintar.

Usaha ini diyakini dapat meletakkan Malaysia sebagai peneraju inovasi automotif dan destinasi pelaburan utama dalam era kenderaan elektrik dan teknologi masa hadapan.

View Original Article