Project Q Playstation Dilengkapi Fon Telinga Bakal Gegar Dunia Permainan

Digital
11 Aug 2023 • 8:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar Sony

Selalunya kita mendengar banyak fon telinga terbaharu dilancarkan oleh pelbagai jenama telefon pintar. Justeru, tidak perlu menunggu bagi tempoh yang panjang, ada sahaja model terbaharu dengan pelbagai spesifikasi sesuai dengan teknologi terkini dikeluarkan, sekali gus mempengaruhi harga jualannya di pasaran. 

image is not available
Peranti Playstation mudah alih. gambar Sony

Baru-baru ini, syarikat Sony membuat kejutan berikutan laporan syarikat itu akan melancarkan fon telinga dan peranti Playstation mudah alih pada tahun hadapan. Ia adalah keluaran khas Sony sendiri dan penghasilan produk itu dikenali sebagai Project Q. 

Dua peranti terbaharu itu dijangka akan menjadi perbualan hangat di pasaran kerana model itu bakal bersaing hebat dengan model konsol yang pernah dikeluarkan sebelum ini seperti ROG. Dimaklumkan Project Q dicipta khusus untuk membolehkan pemain Playstation 5 (PS5) beraksi melalui sambungan Wi-Fi atau aplikasi Remote Play.

Di samping struktur binaannya yang mempunyai sedikit persamaan seperti konsol ROG, Project Q bakal tampil dengan skrin berukuran 8 inci dengan resolusi 1080p. Konsol mudah-alih itu akan menawarkan keupayaan seperti DualSense PS5 dengan kedudukan skrin tambahan di bahagian tengah.

Lebih menariknya bagi set peranti Project Q ini, Sony memaklumkan bahawa ia akan menggunakan sistem perisian atau operasi berasaskan Android, namun belum diketahui jenis  versi Android yang akan menjadi pilihan syarikat itu. Malah, harga jualannya juga belum didedahkan di mana-mana laman sesawang.

Apabila membincangkan mengenai game, sudah pastilah kesemua permainan video atau dalam talian yang ada di dalam konsol PS5 boleh dimainkan oleh Project Q ini, namun ia tidak termasuk untuk game jenis Virtual Reality (VR).

image is not available
Ear fon ini turut boleh digunakan pada konsol PS5 dan PC. gambar Sony

Bagi fon telinganya pula, berdasarkan maklumat diperoleh ia juga boleh digunakan di konsol PS5 dan PC. Malah, memandangkan ia menggunakan sistem sambungan bluetooth, berkemungkinan fon telinga ini juga boleh digunakan di telefon pintar.

Jadi seperti yang dikatakan, set peranti ini dijangka menjadi pencabar terbaharu kepada lain-lain peranti permainan video mudah alih yang pernah dikeluarkan sebelum ini. 
Bahkan, Project Q ini bakal mendapat sambutan hangat memandangkan ramai sudah mengetahui bahawa konsol PS5 memiliki teknologi dan prestasi yang hebat, termasuklah permainannya yang sedia ada.


image is not available
Kemungkinan fon telinga tersebut juga boleh digunakan di telefon pintar. gambar Sony

Oleh itu, nantikanlah kemunculan Project Q daripada Sony ini tahun depan. Sementara itu, mari kita saksikan sama ada terdapat konsol mudah alih terbaharu yang bakal dilancarkan tahun hadapan. - Getaran, 11 Ogos 2023