Projek 2 kapal PTV PDRM bermula, upacara peletakan lunas di limbungan Labuan Shipyard

LocalPolitics
8 Dec 2025 • 10:53 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Projek 2 kapal PTV PDRM bermula, upacara peletakan lunas di limbungan Labuan Shipyard
image is not available
zakisalleh08/12/2025 - 10:53 Gambaran grafik bentuk kapal PTV polis marin. Oleh Zaki Salleh editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Dis - Projek pembinaan 2 buah kapal induk milik Pasukan Polis Marin (PPM) PDRM berjalan sepertimana dirancang apabila upacara peletakan lunas kapal dilakukan di limbungan Labuan Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. (Labuan Shipyard), Labuan, Sabah. 

 

Peletakan lunas menandakan proses pembinaan kapal-kapal tersebut telah bermula.

 

Upacara ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman.

 

Hadir sama Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM, Komisioner Gilberd a/l Philip Layang; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Shipyard, Mohd Zamri Sampol dan Komander Pasukan Polis Marin, SAC Shamsol Kassim.

 

image is not available
Dr. Awang semasa merasmikan upacara peletakan lunas kapal PTV di limbungan Labuan Shipyard.
 

 

PPM bakal menerima 2 kapal kelas Police Transport Vessel (PTV1 dan PTV2) ini pada tahun hadapan apabila kapal siap setelah diuji sepenuhnya.

 

Memandangkan kedua-dua kapal dibina di Labuan maka jangkaan adalah aset-aset tersebut bakal dioperasikan PPM di wilayah sebelah sana.

 

Kapal yang menggunakan kerangka aluminium ini dikendalikan 30 kru serta membawa 30 penumpang selain mempunyai geladak sebuah helikopter.

 

Kontrak PTV dimeterai KDN semasa pameran DSA 2024 di Kuala Lumpur yang menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperkasa keselamatan negara.

 

Nilai kontrak untuk PDRM adalah sebanyak RM1.7 juta bagi pembelian 2 PTV, kamera badan dan kelengkapan beg galas Pasukan Gerakan Am.

 

image is not available
Dr. Awang (tengah) menekan tombol sebagai gimik pelancaran peletakan lunas kapal disaksikan bersama Gilberd (tiga dari kanan) dan Mohd Zamri (kanan).
 

 

image is not available

 

image is not available
Labuan Shipyard.

 

Tender perolehan kapal induk ini telah dibuat pada Oktober 2022 yang mana PDRM menawarkan kontrak tender untuk dua buah kapal sepanjang 60 meter.

 

Ciri-ciri asas pada kapal adalah boleh membawa kenderaan seperti trak, land rover dan bot RHFB selain membawa kontena untuk operasi khusus.

 

Kapal induk ini juga boleh melaksanakan rondaan di kawasan perairan termasuk dalam Zon Ekonomi Eksklusif negara bagi menguatkuasakan undang-undang di laut.

 

Fungsi lain kapal ialah untuk melaksanakan operasi cegah penyeludupan, kemasukan pendatang, pencerobohan nelayan asing, menjadi kapal induk serta operasi mencari dan menyelamat.

 

Pembelian kapal induk ini sebenarnya bukanlah keperluan baharu kerana cadangannya telah dibincangkan sejak tahun 2017.

 

image is not available

 

image is not available
Kapal sokongan logistik sedia ada milik PPM.

 

PPM memerlukan kapal induk iaitu kapal besar yang juga boleh membuat tugas penguatkuasaan dan berada di kawasan perairan negara lebih lama.

 

Ini membolehkan bot dan kapal-kapal kecil yang membuat tugas meronda mengambil bekalan makanan atau minyak di kapal induk tanpa perlu kembali ke pangkalan.

 

Pengoperasian kapal induk ini boleh ditempatkan di kawasan kritikal khususnya membabitkan jenayah maritim.

 

Difahamkan ketika ini PPM memiliki 190 buah kapal dan bot termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengawasi kira-kira 2,000 kilometer (km) kawasan pesisir pantai. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article