Projek bina Kem Paradise di Kota Belud dijangka siap pada 2027

LocalPolitics
2 Oct 2025 • 10:33 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Projek Pembinaan Kem Paradise untuk Kem 5 Briged dan Kem 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang bernilai RM179.7 juta dijangka siap pada Ogos 2027, dilihat akan terus memacu pembangunan pertahanan negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata projek yang bermula pada Mei tahun lepas itu, dibina di kawasan seluas 40.47 hektar merangkumi 42 komponen bangunan dan proses pembinaan berjalan lebih awal daripada jadual dengan kemajuan fizikal mencatatkan 10.26 peratus.

Beliau berkata pembinaan itu termasuk bangunan pentadbiran, blok teknikal, blok kediaman, fasiliti sokongan serta infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan sistem kawalan keselamatan.

“Setelah siap sepenuhnya, projek itu dijangka meningkatkan keanggotaan tentera daripada 311 anggota kepada 1,148 anggota pelbagai pangkat,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Ahmad berkata peningkatan keanggotaan itu, bakal memperkukuh kesiapsiagaan pasukan keselamatan di kawasan pantai barat Sabah selain turut memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat melalui peluang pekerjaan, perniagaan serta pembangunan kawasan sekitar.

Beliau berkata projek itu dijalankan Ilmiah Perdana Sdn Bhd sebagai kontraktor utama, dengan kerjasama Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved