Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

LocalBusiness & Finance
13 Nov 2025 • 7:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Memetik kenyataan akhbar Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, unjuran KDNK negeri dijangka meningkat kepada angka itu, berbanding hanya RM34 bilion pada 2020.

image is not available

Ini kerana data yang diperoleh hasil Kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah (PeGTa) ECRL oleh PlanMalaysia membabitkan peningkatan purata tahunan sekitar 1.8 peratus sepanjang tempoh pelaksanaan projek ECRL.

"Projek ECRL dilaksanakan kerajaan Persekutuan itu bakal memberi impak pertumbuhan ekonomi yang signifikan kepada negeri.

"Unjuran pendapatan itu juga mengambil kira kesan langsung dan tidak langsung aktiviti pembinaan serta operasi ECRL termasuk peningkatan pelaburan sektor perindustrian dan logistik, pertumbuhan aktiviti perdagangan dan pelancongan, serta pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sekitar stesen utama ECRL iaitu di Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu, Dungun, Kemasik dan Chukai," katanya.