Projek ECRL, Netizen Banjiri Ruangan Komen, Terima Kasih Bossku!

LocalPolitics
29 Aug 2024 • 9:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

Perjalanan dari Gombak ke Kota Bahrru hanya akan mengambil masa dalam empat jam sejurus Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap kelak.

Setakat ini, kerja-kerja pembinaan ECRL yang melibatkan jarak 665 kilometer itu sudah siap 67 peratus.

Begitupun, projek ECRL dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2026 nanti.

image is not available

Difahamkan, projek bernilai RM50.2 bilion itu akan menghubungkan kawasan pantai timur dengan pantai barat dan merentasi 20 stesen yang terletak di empat negeri.

Negeri-negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

image is not available

Sebelum ini, perjalanan darat rakyat Malaysia yang bergerak antara dua lokasi tersebut boleh memakan masa sehingga tujuh jam.

Namun keadaan bertambah teruk apabila menjelang musim cuti panjang dan hari raya kerana rata-ratanya terpaksa menempuh perjalanan lebih 18 jam.

image is not availableimage is not available

Di sebalik projek ECRL ini, rata-rata netizen mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan pencetus kepada projek itu.

Menjengah ruangan komen, pelbagai komen.

“Terima kasih DS Najib Razak. Jasamu di kenang dan semoga Allah permudahkan urusan dunia mahupun akhirat atas segala jasamu," tulis Anep.

Sementara itu, seorang lagi berkata:

"Alhamdulillah. Terima kasih Bossku Najib Razak ats idea yg sgt terbaik utk rakyat pantai timur," tulis seorang pengguna Facebook, Shahril.

Bagaimanapun, ada juga yang tertanya-tanya dengan harga tiket ECRL nanti, adakah ia lebih mahal atau sebaliknya.