Projek hartanah Mah Sing yang bakal siap pada hujung FY23, FY24 dijangka pacu prestasi jangka pendek – KAF Equities

Business & Finance
11 Aug 2023 • 12:43 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Projek hartanah Mah Sing yang bakal siap pada hujung FY23, FY24 dijangka pacu prestasi jangka pendek – KAF Equities

diyana

11/08/2023 - 12:43

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Beberapa projek hartanah Mah Sing Group Berhad mengikut jadual untuk disiapkan menjelang hujung 2023 dan 2023, yang dijangka meningkatkan prestasi jangka pendek kumpulan.

Firma penyelidikan itu berkata projek yang dijangka siap pada penghujung tahun kewangan 2023 dan 2024 (FY23 dan FY24) termasuk M Oscar di Sri Petaling; M Adora di Wangsa Melawati; M Arisa di Sentul dan M Luna di Kepong.

Menurut KAF Equities, perbelanjaan daripada pembelian tanah dijangka dapat diimbangi oleh aliran tunai dijana daripada penjualan hartanah sudah siap yang masing-masing berjumlah kira-kira RM500 juta dan RM440 dan pada FY23 dan 24.

“Memandangkan jumlah ketara dalam kemajuan pembinaan dan penyiapan hartanah baru-baru ini, kami yakin kumpulan itu boleh mencatat prestasi serupa untuk keputusan suku kedua tahun kewangan 2023 (2QFY23), justeru, berada di landasan bagi mencapai sasaran jualan minimumnya sebanyak RM2.2 bilion tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

KAF Equities berkata harga saham kumpulan itu telah meningkat sekitar 15% pada bulan lalu, di mana berdasarkan asas kukuhnya, ia percaya terdapat lebih banyak peningkatan pada saham itu.

“Projek lumpulan terus menikmati kadar pengambilan yang kukuh walaupun pasaran hartanah mencabar.

“Kunci kira-kira kukuh kumpulan memberinya ruang untuk mencari lebih banyak tawaran tanah yang baik, terutamanya di Lembah Klang.

“Disokong oleh kunci kira-kira yang kukuh dan kecairan yang mencukupi, kumpulan itu mempunyai rekod prestasi yang baik dalam membuat pembayaran segera kepada kontraktor,” tambahnya.

KAF Equities berkata memandangkan anugerah projek berterusan di samping pembelian tanah yang agresif, kontraktor bersedia untuk menawarkan harga kompetitif dalam bidaan pembinaan mereka, dengan harapan dapat menjalin hubungan jangka panjang dengan kumpulan itu.

Firma itu mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) 79 sen sesaham.

Pada rehat tengahari ini, saham Mah Sing menokok 0.5 sen atau 0.7% kepada 69.5 sen, memberikannya permodalan pasaran berjumlah RM1.69 bilion. - DagangNews.com