Projek HSR Terpaksa Ditangguh! Ada Sebabnya

LocalPolitics
8 Jan 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan terpaksa menangguhkan projek mega pada masa ini kerana perlu menyelesaikan beberapa isu tertunggak.

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, kerajaan berdepan kekangan dan kini memberi tumpuan kepada projek membabitkan rakyat seperti mitigasi banjir dan infrastruktur asas.

keputusan untuk menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bergantung kepada pembabitan sepenuhnya sektor swasta tanpa membebankan kerajaan.

image is not available

"Mengenai HSR, pendirian kami adalah untuk menjemput pembabitan penuh sektor swasta kerana kerajaan ada kekangannya, isu seperti mitigasi banjir, pendidikan dan kesihatan yang menjadi keutamaan, sekurang-kurangnya untuk tempoh satu ke dua tahun akan datang," katanya.

Pada 12 Januari tahun lalu, media melaporkan firma Jepun membuat keputusan membatalkan rancangan untuk terbabit dalam projek HSR.

image is not available

Mengikut laporan agensi berita Jepun, Kyodo News yang memetik sumber, syarikat negara itu termasuk East Japan Railway Co, berharap untuk menggunakan sistem kereta api peluru Shinkansen Jepun dalam projek itu, tetapi mereka telah memutuskan ia akan menjadi terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.