
SOOK: Penaiktarafan projek jalan raya Rancangan Belia Tiulon (RBT) ke Kampung Simbuan sepanjang 22.85km sejak akhir September lalu adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat luar bandar khususnya di Sook.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata projek ini merupakan salah satu pembangunan di daerah itu yang telah direalisasikan walaupun berdepan beberapa halangan.
AdvertisementBeliau berkata kejayaan projek ini adalah hasil kerjasama erat antara Pejabat Daerah Kecil Sook, Jabatan Kerja Raya Keningau dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Ia juga atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi projek itu mendapat kelulusan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Projek ini termasuk pembinaan tiga jambatan konkrit baharu selain menaik taraf sistem perparitan untuk mengalirkan air larian permukaan yang sering menyebabkan banjir di sepanjang laluan ini,” katanya semasa lawatan kerja rasmi ke projek itu.
Menurutnya, projek itu akan mengambil masa tiga tahun dan dijangka siap pada suku keempat 2027. Kira-kira 3,000 penduduk dari 15 kampung dan kawasan sekitar akan mendapat manfaat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pembinaan projek ini, akan menjimatkan masa dan kos perjalanan, selain mampu menjana pertumbuhan ekonomi tempatan.
“Projek ini juga memberi manfaat kepada penduduk sekitar untuk mengangkut hasil tanaman dan menyediakan kemudahan perjalanan untuk penduduk kampung,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menyatakan kawasan Rancangan Belia Tiulon (RBT) semakin pesat membangun hasil daripada pelaksanaan agenda pembangunan yang dirancang.
Beliau berkata pada tahun ini sahaja, empat projek pembangunan telah dilancarkan – pembinaan bangunan sekolah baharu SK Rancangan Belia Tiulon, menara telekomunikasi RBT yang telah siap dan kini menyediakan perkhidmatan telefon dan internet yang stabil.
Beliau berkata projek baharu Tamu RBT kini dalam pembinaan dan projek menaik taraf jalan RBT ke Kampung Simbuan.
