Projek kukuhkan tebing Sungai Rawang siap, elak hakisan berulang

LocalEnvironment
22 Jul 2026 • 9:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Projek kukuhkan tebing Sungai Rawang siap, elak hakisan berulang

SHAH ALAM, 22 JULAI: Isu hakisan tebing Sungai Rawang yang sekian lama membimbangkan penduduk Kampung Dato' Lee Kim Sai kini berjaya diatasi selepas kerja pembaikan dan pengukuhan tebing sungai siap sepenuhnya.

Wakil rakyat Rawang berkata projek yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Gombak itu membabitkan kerja pengukuhan dan penstabilan tebing sungai menggunakan steel sheet pile serta capping beam bagi meningkatkan keselamatan kawasan.

Menurut Chua Wei Kiat, projek berkenaan dibiayai menerusi peruntukan RM1 juta daripada ibu pejabat JPS.

“Kerja darurat pembaikan dan pengukuhan tebing Sungai Rawang di Jalan LKS 9 kini telah siap sepenuhnya.

“Projek ini melibatkan kerja pengukuhan dan penstabilan tebing sungai bagi mengatasi hakisan dan meningkatkan keselamatan kawasan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Image from: Projek kukuhkan tebing Sungai Rawang siap, elak hakisan berulang
Struktur konkrit pengukuh tebing Sungai Rawang di Kampung Dato' Lee Kim Sai yang dibina bagi menstabilkan tebing sungai, mengatasi hakisan serta meningkatkan keselamatan kawasan. Foto Facebook Chua Wei Kiat

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JPS atas tindakan segera menyelesaikan isu yang telah lama dihadapi penduduk.

“Terima kasih kepada JPS atas tindakan segera menyiapkan projek ini. Semoga ia memberi ketenangan dan menjamin keselamatan seluruh komuniti di Kampung Dato' Lee Kim Sai,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved