Projek lebih RM3 juta dilulus untuk Limbahau

LocalPolitics
12 Jan 2024 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor membawa masuk projek pembangunan bernilai lebih RM3 juta ke Limbahau tahun lepas.

Adunnya Datuk Juil Nuatim yang juga Adun Bebas mesra-GRS berkata, masyarakat akar umbi di kawasannya dan dirinya sendiri berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana meluluskan pelbagai projek pembangunan yang menampung keperluan mereka.

Beliau berkata, ini termasuk sekolah dan gereja yang memenuhi keperluan pendidikan dan agama rakyat.

“Tahun lalu, RM800,000 disalurkan untuk menyiapkan pembinaan bangunan tambahan SMK St Joseph selepas saya meminta dan memohon peruntukan daripada Hajiji, yang serta-merta meluluskan jumlah tersebut kepada pihak sekolah.