Projek lembu tenusu di Chuping wujud 2,000 peluang kerja

LocalPolitics
9 Aug 2022 • 11:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Pembangunan Projek Lembu Tenusu berskala besar di Chuping, Perlis dijangka mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia dan bakal menggalakkan pembangunan industri penghasilan susu segar domestik. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek itu juga meningkatkan tahap sara diri (SSL) negara dalam mengeluarkan susu cecair dan segar sekali gus mengurangkan defisit perdagangan makanan negara serta tekanan kos produk tenusu. "Pembangunan projek ini melibatkan pelaburan sehingga RM4.5 bilion merangkumi penanaman makanan ternakan lembu tenusu, penghasilan dan pemprosesan susu segar, operasi pembungkusan serta pengedaran produk tenusu," katanya menerusi catatan di Facebook rasmi beliau pada Selasa. Perdana Menteri berkata, beliau menyaksikan pemeteraian Perjanjian Usahasama (JVA) antara FGV Holdings Bhd, Baladna Food Industries W.L.L dan Touch Group Holdings Sdn Bhd bagi projek itu selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, Sabtu lepas. Ismail Sabri berkata komitmen Malaysia untuk merealisasikan pembangunan projek ladang tenusu integrasi di negara ini adalah susulan daripada lawatan beliau ke Qatar pada Mac lepas.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved