Projek Pemeliharaan Permainan Video ICS Ditamatkan Selepas Wang Pelaburan Habis Digunakan

WorldGaming
6 Jul 2026 • 5:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony pada minggu lepas telah membuat pengumuman bahawa mereka kelak akan menghentikan pengeluaran dan penjualan permainan video fizikal secara sepenuhnya menjelang Januari 2028. Perkara ini dilihat sebagai tamatnya era permainan video fizikal setelah beberapa dekad menikmatinya.

Terkini, sebuah badan pemeliharaan permainan video di Jerman yang dikenali sebagai Internationale Computerspielesammlung (ICS) dilaporkan akan ditutup tidak lama lagi, kerana pembiayaan oleh badan-badan awam sebanyak 1.5 juta Euro telah habis digunakan, dan pihak kerajaan negara Jerman nampaknya tidak akan meneruskan pembiayaan tersebut/

Perkara ini dilihat sangat menyedihkan kerana badan ICS sehingga kini memiliki 60 ribu salinan tajuk permainan video dalam medium fizikal yang termasuklah cakera liut, cakera padat, DVD, dan katrij dalam pelbagai platform permainan, yang menjadikannya sebagai simpanan permainan fizikal yang terbesar di dunia setakat ini.

Walaupun permainan-permainan ini didaftarkan dibawah ICS, ia disimpan oleh pemilik-pemilik asal mereka, termasuklah institusi seperti Computerspielemuseum Berlin, persatuan permainan video Game, dan University of Potsdam.

Image from: Projek Pemeliharaan Permainan Video ICS Ditamatkan Selepas Wang Pelaburan Habis Digunakan

Projek ICS telah dimulakan sejak 2019, dengan projek tersebut dilihat lengkap pembangunannya pada penghujung 2025, dengan Senat Berlin memberi pembiayaan sebanyak 1.5 juta Euro. Akan tetapi, pada waktu tersebut, ia telahpun diberitahu bahawa projek tersebut mungkin tidak akan menerima sebarang pembiayaan tambahan selepas April 2026, dan itulah apa yang telah berlaku.

Permintaan untuk pembiayaan tambahan telah dibuat, tetapi seperti yang dijangka, permintaan tersebut tidak diluluskan, dan oleh kerana ini, projek tersebut akan ditamatkan, walaupun ia baru sahaja baru disempurnakan.

Oleh kerana ini, projek ICS akan dikuburkan, yang mana salinan permainan fizikal baru tidak lagi akan diarkibkan dibawah nama tersebut, tetapi nampaknya pemilikan sedia ada masih akan dipegang oleh institusi-institusi yang terlibat dibawah projek ini.

Projek-projek pemeliharaan media adalah satu perbuatan yang dilihat murni, kerana ia membolehkan generasi akan datang lihat sendiri bagaimana teknologi lama berfungsi dan dimanfaatkan sebelum ia maju seperti sekarang, dimana permainan video dan komputer lebih lazim dinikmati secara muat-turun digital sahaja, dan tidak lagi memerlukan media fizikal.

Akan tetapi, jika tiada siapa yang sanggup melaburkan wang untuk membiayai kos pengumpulan dan penjagaan media ini, ataupun menjadikannya sebagai sebuah perniagaan yang berjaya, ia dilihat sebagai sebuah usaha yang susah untuk dikekalkan untuk jangka masa panjang.

Sumber: Gameswirtschaft

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved