Projek Pemindahan Ilmu beri manfaat kepada warga KV Lahad Datu

25 Aug 2022 • 10:28 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Projek Pemindahan Ilmu Bioteknologi kepada warga Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini.

Projek Pemindahan Ilmu yang dikongsikan itu berkaitan dengan beberapa inovasi yang dihasilkan oleh warga IPB.

Pengarah IPB UMS, Profesor Dr Lee Ping Chin berkata, inovasi tersebut terdiri daripada projek penghasilan media penanaman berasaskan Azolla Peat dan inovasi bahan tambahan daripada bahan buangan kelapa sawit (palm kernel cake) dalam makanan haiwan ternakan.

Tambahnya, dua lagi pemindahan ilmu yang dilakukan adalah inovasi penghasilan baja bio (Biofertilizer) daripada bahan buangan rumpai laut dan inovasi Kombucha Pellicle sebagai suplemen probiotik untuk makanan haiwan ternakan.

“Projek ini melibatkan tujuh individu dari IPB yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan sokongan dan pentadbiran serta pelajar pascasiswazah,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Sebelum itu, Projek Pemindahan Ilmu berlangsung selama dua hari, melibatkan 15 pensyarah dan pelajar KV Lahad Datu.

Kesemua pensyarah yang terlibat telah membantu pelajar kolej dengan memberikan nasihat dan saranan berkenaan projek inovasi.

“Pada projek kali ini, ia dilihat mampu meningkatkan lagi minat pelajar KV Lahad Datu mendalami bidang sains dan teknologi khususnya bioteknologi.

“Justeru, saya sangat berharap pihak IPB dan KV Lahad Datu akan saling bekerjasama dalam pelbagai aktiviti lain pada masa akan datang,” kata Dr Ping Chin.

image is not available

Dalam perkembangan lain, penyelidik IPB turut melakukan pemindahan ilmu dan teknologi melalui aplikasi yang disediakan.

Malah, info mengenai mikroorganisma yang digunakan untuk mengoptimumkan produk berkenaan turut dikongsi bersama orang ramai.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok