‘Projek perpustakaan baharu Kunak RM6.1 juta terlalu lewat’

13 Dec 2023 • 1:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Projek pembinaan bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Kunak terlalu lewat disiapkan memandangkan projek itu sepatutnya siap sepenuhnya pada September lalu.

“Sudah tentu perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan negeri dan kementerian berkenaan kerana projek itu adalah antara prasarana yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat Kunak,” kata bekas Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Silam, Djapri Kudosat.

Sebelum ini, Daily Express mendapat maklumat daripada bekas jurutera JKR daerah yang memaklumkan bahawa projek yang dibiayai kerajaan negeri itu bernilai RM6.1 juta.

Ia dimulakan pada 24 September 2021 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada 23 September lalu.