Projek Pesawat Tempur FCAS Dibatalkan Jerman dan Perancis

WorldTechnology
9 Jun 2026 • 6:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Projek pembangunan pesawat tempur Future Combat Air System (FCAS) dibatalkan oleh Jerman dan Perancis selepas berbulan-bulan mengharungi kebuntuan dalam rundingan. Rundingan gagal disebabkan perbezaan spesifikasi teknikal dan kawalan teknologi antara Airbus (Jerman) dan Dassault Aviation (Perancis).

Image from: Projek Pesawat Tempur FCAS Dibatalkan Jerman dan Perancis

Kedua-dua negara turut mempunyai keperluan operasi yang berbeza. Canselor Jerman Friedrich Merz misalnya mempertikaikan keperluan jet generasi keenam yang masih menggunakan juruterbang manusia untuk Luftwaffe. Isu sama ada jet perlu berkeupayaan nuklear atau mendarat di kapal pengangkut turut gagal diselesaikan walaupun kedua-dua pihak melakukan perbincangan selama beberapa bulan.

Projek bernilai antara €100- €108 bilion ini turut melibatkan Sepanyol sebagai negara rakan teknologi ketiga. Walaupun pembangunan pesawat tempur FCAS sudah berkubur, pembangunan komponen lain seperti sistem awanan untuk medan perang mungkin diteruskan dan masih menggunakan nama FCAS.

Projek FCAS diumumkan pada tahun 2017 oleh Jerman bagi menggantikan pesawat Panavia Tornado yang sudah beroperasi sejak 1970an. FCAS perlu mempunyai ekor dan enjin berkembar, dua krew pesawat serta kemampuan sukar dikesan radar.

Image from: Projek Pesawat Tempur FCAS Dibatalkan Jerman dan Perancis

Unik sekali mengenai projek ini ialah yang terawal direka untuk beroperasi bersama dengan pelbagai jenis dron. Ia bukan sahaja boleh menggunakan maklumat intipan dron tetapi menjadi pesawat induk memberikan arahan kepada dron untuk melakukan serangan.

Pesawat prototaip pertama FCAS sepatutnya melakukan penerbangan pertama pada tahun 2028 sebelum ia mula beroperasi menjelang 2040. Terdapat ramalan pesawat pejuang dengan juruterbang manusia akan pupus dengan penggunaan dron dan nampaknya ramalan ini telah menjadi kenyataan.

Sumber – Reuters


View Original Article