Projek Rangkaian Digital Lebuh Raya Dilancarkan – Kabel Gentian Fiber Optik Sepanjang Lebuh Raya

TechnologyDigital
30 Jun 2022 • 5:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Rangkaian Digital Lebuh Raya

Kementerian Kerja Raya hari ini telah melancarkan sebuah projek baharu, iaitu Projek Rangkaian Digital Lebuh Raya. Melaluinya, syarikat MSAR akan membina dan kendalikan kabel gentian fiber optik di sepanjang lebuh raya yang dibawah seliaan Lembaha Lebuhraya Malaysia. Projek ini dibangunkan menggunakan dana swasta.

image is not available

Projek ini akan dibangunkan daalam tiga fasa pembinaan di Semenanjung Malaysia. Fasa pertama melibatkan pemasangan kabel fiber optik dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, dan dijangka siap pada Disember 2022.

image is not available

Seterusnya pada Fasa 2, ia akan melibatkan lebuhraya di Lembah Klang. Fasa 3 pula menghubungkan negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

image is not available

Melalui projek ini, sebanyak 4,000 titik hubungan yang menghubungkan bandar-bandar dan kawasa luar bandar dengan liputan jalur lebar tinggi bakal dinikmati rakyat. Infrastruktur ini juga bakal menghubungkan pelbagai pusat data tempatan, selain sambungan ke kabel-kabel utama yang lain.

image is not available

Dengan langkah ini juga, ia akan membolehkan penawaran infrastruktur yang meluas, serta boleh digunakan pihak berkaitan dalam menawarkan perkhidmatan masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved