Projek RM250 juta beri impak pembangunan di Beaufort

21 Jul 2024 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Projek Bukit Sri Dutamas yang dilaksanakan North Borneo Land Venture Sdn Bhd (NBLanD) bernilai kira-kira RM250 juta akan memberi impak positif kepada pembangunan di kawasan ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, Beaufort juga bakal menyaksikan limpahan ekonomi dari segi aktiviti projek dan operasi perniagaan selepas projek itu siap kelak.

Katanya, dijangka lebih 200 peluang pekerjaan akan wujud sekaligus membantu menjana ekonomi masyarakat setempat termasuk kutipan cukai pihak berkuasa tempatan (PBT).