Projek Taman Madani di Jawi siap Januari 2027

LocalHome & Living
31 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Projek Taman Madani di Jawi siap Januari 2027

NIBONG TEBAL: Kawasan lapang berkeluasan kira-kira 1.46 hektar di Taman Belatuk di sini akan dinaik taraf sebagai Taman Madani yang berkualiti, selamat dan inklusif dengan beberapa kemudahan riadah termasuk untuk orang kurang upaya (OKU) serta gelanggang papan selaju atau ‘skate park’.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang H’ng Mooi Lye berkata, Taman Madani itu juga dijangka dilengkapi dengan alat permainan bersepadu dan individu, alat senaman, laluan pejalan kaki, wakaf serta dataran untuk aktiviti riadah dan senaman pagi apabila siap kelak.

“Projek Taman Madani itu merupakan salah satu daripada tiga projek yang dilaksanakan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi setiap projek yang diterima daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Image from: Projek Taman Madani di Jawi siap Januari 2027
INFOGRAFIK mengenai kerja-kerja menaik taraf kawasan lapang di Taman Belatuk menjadi Taman Madani di Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

“Kerja-kerja menaik taraf kawasan lapang di sini (Taman Belatuk) ini pula sebenarnya telah bermula sejak 5 Ogos lepas dan ia mengambil masa 24 minggu untuk disiapkan, dengan tarikh siap dijadualkan pada 19 Jan 2027,” katanya di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, ketika ini, kawasan berkenaan yang membabitkan Lot 1685 dan Lot 2178 telah diwartakan sebagai kawasan lapang dengan MBSP akan bertindak sebagai agensi pelaksana serta penyelia projek.

Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui menzahirkan rasa gembira kerana kawasan tanah lapang itu bakal berubah wajah menjadi sebuah taman rekreasi moden tidak lama lagi sekali gus mengubah landskap kawasan berkenaan secara tidak langsung.

Bagi Tan Hock Beng, 61, dia tidak perlu lagi beriadah di tempat yang jauh pada setiap kerana boleh berjalan kaki sahaja ke tempat itu yang terletak tidak sampai 500 meter dari rumahnya.

“Seronok juga apabila dapat tahu kawasan lapang ini akan dinaik taraf menjadi Taman Madani. Rasa semangat nak datang ke sini selalu lepas ini,” kata pesara swasta itu kepada Utusan Malaysia.

Bagi Ahmad Daniel Abdullah, 17, cadangan untuk membina ‘skate park’ di Taman Madani itu menarik perhatiannya kerana tidak banyak kemudahan seperti itu dibina di taman awam ketika ini.

“Saya fikir cadangan itu sangat baik kerana ia bukan sahaja akan menggalakkan lebih ramai generasi muda bersukan, tetapi, dapat mengelakkan mereka daripada merayau tidak tentu hala serta melakukan perkara tidak berfaedah,” katanya. – UTUSAN

The post Projek Taman Madani di Jawi siap Januari 2027 appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved