Projek tebatan banjir Sungai Sodomon akhirnya bermula

26 Aug 2022 • 6:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Projek tebatan banjir yang dinanti-nantikan untuk sungai Sodomon yang tertangguh kira-kira 10 tahun, akhirnya dimulakan.

Projek itu akan menyaksikan pengurangan kejadian banjir kilat di kawasan termasuk Lido dan Teck Guan, kata ketua MCA Sabah, Lu Yen Tung.

Beliau berkata projek yang sepatutnya dimulakan pada 2013 itu terpaksa ditangguhkan selepas pilihan raya umum kerana MCA telah kehilangan kerusinya di Kepayan.

“Disebabkan desakan berterusan untuk projek itu dimulakan, kerajaan bersetuju untuk memberikan pembiayaan untuk projek itu pada 2017 tetapi pada 2018, Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum,” katanya.

Lu berkata projek itu terpaksa ditangguhkan sekali lagi.

Beliau berkata projek itu akhirnya dapat dimulakan pada Mei tahun ini.

“Ribuan penduduk yang sentiasa menderita akibat banjir, membelanjakan wang untuk membaiki barangan rosak di rumah dan sebagainya, boleh berharap untuk hari yang lebih baik,” katanya.

Lu berkata projek ini dijangka siap dalam tempoh 35 bulan.

“Akan ada sebuah tasik dibina dan pintu untuk menahan aliran air hujan masuk ke kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata pam akan dipasang dan digunakan untuk mengalirkan air keluar dari tasik secara selamat, sekali gus memperlahankan aliran air yang boleh menyebabkan banjir kilat semasa hujan lebat.

Lu berkata itu adalahg antara ikrar ‘aku janji’ yang dibuatnya ketika bertanding sebagai calon pada pilihan raya negeri 2020.

“Walaupun saya tidak menang, saya masih boleh meneruskannya dan saya berterima kasih kepada kerajaan negeri dan persekutuan kerana memperuntukkan dana untuk membolehkan projek ini dimulakan,” katanya.

Beliau melawat tapak bagi mendapatkan taklimat terkini mengenai projek tebatan itu bersama pihak berkuasa tempatan, kontraktor dan senator Datuk John Ambrose antara lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.