PENAMPANG: Penduduk Sugud yang sering dilanda banjir boleh menjangka untuk dapat menarik nafas lega menjelang pertengahan tahun depan dengan projek tebatan banjir di sepanjang Sungai Sugud kini sedang dijalankan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata kerja-kerja pembinaan melebarkan dan mendalamkan Sungai Sugud sepanjang 1.13km akan mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk disiapkan.
“Masalah (tebus guna tanah) yang menghalang projek ini untuk dimulakan kini telah diselesaikan. Jadi kita boleh mulakan, jentera dan kontraktor sudah ada di tapak,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di tapak projek, di sini, Rabu.

